Semalam telah berlangsungnya sambutan Hari Guru peringkat IPG Kampus Perlis (walaupun lambat tetapi tetap meriah). Sambutannya sederhana namun apa yang penting di sini ialah penglibatan pelajar2 PISMP Prasekolah Semester 4 dalam sambutan ini buat kali pertamanya amat bermakna.
Kelas kami telah membuat persembahan koir secara rasminya untuk kali pertama dalam sambutan Hari Guru tersebut. Setelah dilatih selama seminggu oleh Encik Megat Mohd Noor bin Megat Teh, akhirnya kami berjaya juga mempersembahkan koir di hadapan khalayak ramai.
Sangat berdebar, namun dengan sokongan Encik Megat, kami harungi juga segala cabaran yang mendatang. Sememangnya banyak komen positif yang kami terima, cuma satu saja komen negatif yang didengari iaitu suara kami kurang kedengaran (slow) sebab ada masalah mikrofon sikit.
Hehehe... takpelah, sekurang-kurangnya kami sudah lakukan sedaya upaya kami! Sampai di sini dahulu, update yang lain akan menyusul selepas ini. Sekian.

Tahniah, anda semua memang berketrampilan, teruskan usaha anda semua
ReplyDelete