Friday, July 9, 2010

Entri Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Alhamdulillah setelah sekian lama tertangguh, blog PISMP Prasekolah IPG Kampus Perlis ini akhirnya dibina juga bagi merealisasikan impian para pelajar serta pensyarah yang ingin berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam alam siber ini.

Pembinaan blog ini adalah bertujuan supaya perkongsian ilmu dapat berlaku serta mengeratkan lagi silaturrahim di antara pengunjung blog (jika ada yang sudi) bersama para pelajar PISMP Prasekolah IPG Kampus Perlis.

Insya-Allah, dari masa ke masa blog ini akan diupdate dengan pelbagai maklumat mengenai kelas PISMP Prasekolah IPG Kampus Perlis, subjek-subjek yang berkaitan dan hal ehwal semasa yang mempunyai hubungkait dengan prasekolah di Malaysia mahupun di luar negara.

Oleh itu, diharapkan blog ini dapat memberikan manfaat kepada semua! Selamat berblogging!

No comments:

Post a Comment